Anak muda Nepal memberitahu dunia
Iklan
Anggota polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di hadapan bangunan Parlimen, Kathmandu pada 8 September 2025.
Kecuali bagi mereka yang berminat dengan Gunung Everest, mungkin negara Nepal jarang sangat diambil pusing oleh rakyat di negara kita. Walaupun ramai orang Nepal bekerja di Malaysia, tetapi kita jarang mengetahui cerita politik atau kontroversi besar di negara itu.
Kita mungkin lebih banyak tahu mengenai Indonesia atau Bangladesh, antara dua negara yang banyak menghantar pekerjanya ke negara kita. Sebenarnya, Nepal ialah negara ketiga terbesar membekal pekerja ke Malaysia yang jumlahnya kini dianggarkan sekitar lebih 300,000 orang.