Kemasukan ke IPTA: Ambil kira nisbah akademik, kokurikulum
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis lalu. Gambar kecil: Saifuddin
SHAH ALAM - Beberapa faktor termasuk pencapaian kokurikulum boleh menjadi punca calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak ditawarkan kursus pilihan pertamanya.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, meskipun seseorang calon memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM, kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Malaya (UM) turut mengambil kira nisbah akademik dan kokurikulum iaitu 90:10.