PEMAIN skuasy wanita utama negara, S Sivasangari menempah tempat ke suku akhir Terbuka Mesir 2025 selepas menewaskan wakil England, Jasmine Hutton, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu menundukkan pilihan ke-16 kejohanan 3-1 (12-10, 7-11, 11-9, 11-5), dalam masa 47 minit pada aksi pusingan 16 terbaik, yang berlangsung di Giza, Mesir.