Mayat bayi ditemui di pesisiran sungai

Iklan
Mayat seorang bayi ditemui di pesisir Sungai Air Kala, Gerik - Gambar hiasan

GERIK – Polis menemui mayat seorang bayi di pesisir Sungai Air Kala, Selat Pagar di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othmani berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan itu kira-kira jam 2.15 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat bayi berkenaan di tebing sungai.

“Setakat ini, jantina serta bangsa bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi.

“Polis memandang serius kes seumpama ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” jelasnya.

Iklan