21 subjek UiTM tersenarai dalam QS World University Rankings
Iklan
UiTM menjadi salah satu daripada empat universiti negara yang terpilih dalam senarai QS World University Rankings by Subject. Foto hiasan
SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengharumkan nama Malaysia apabila 21 subjeknya tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject, termasuk bidang Law & Legal Studies yang berada di kedudukan 301 hingga 350 dunia.
Ia sekali gus menjadikan UiTM antara empat universiti awam di negara ini yang terpilih menerima pengiktirafan tersebut kali ini.
Iklan
Iklan
UiTM berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka tetapi menjadi kayu ukur kepada kesungguhan universiti dalam membangunkan bakat profesional bumiputera selari dengan semangat Akta 173 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“UiTM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi demi melahirkan bakat negara seiring kecemerlangan akademik.
Iklan
“Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UiTM yang terus komited menjulang martabat universiti unggul ini!” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.
Tiga lagi universiti awam negara yang tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>