Amaran hujan lebat, ribut di 5 negeri dan Labuan - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga jam 7 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 7 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 4.10 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, manakala Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Johor melibatkan Segamat.

Iklan
Iklan

Di Sabah pula dijangka membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan