Tanah runtuh: Dua lagi dilaporkan tertimbus

Iklan
Kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah dan menyebabkan dua tertimbus dalam kejadian di Kampung Mook, Papar. Foto ihsan JBPM Sabah

PAPAR - Dua individu dilaporkan tertimbus akibat tanah runtuh dan usaha membawa keluar mangsa sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat di Kampung Mook, di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dilaporkan berlaku tanah runtuh yang menghempap tiga rumah di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dilaporkan berlaku tanah runtuh yang menghempap tiga rumah di kawasan tersebut. Foto ihsan JBPM Sabah

Iklan

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Papar.

"Sebaik tiba, dua mangsa dilaporkan tertimbus namun telah ditemui oleh pasukan bomba.

Iklan

"Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.