Penalti Panenka tak menjadi, Messi jadi sasaran kritikan

Iklan
Messi gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Charlotte FC. Foto AFP

LIONEL Messi menjadi tumpuan di media sosial selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Inter Miami tewas mengejut 0-3 kepada Charlotte dalam saingan MLS.

Messi yang dianggap ramai sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dengan koleksi lapan Ballon d’Or serta pelbagai kejuaraan utama, tampil hambar dalam perlawanan di North Carolina itu.

Iklan
Iklan

Inter Miami sepatutnya berpeluang membuka jaringan pada minit ke-30 selepas pengadil memberikan sepakan penalti hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Messi tampil mengambil sepakan tersebut, namun cubaan ala Panenka yang dilakukannya gagal apabila mudah dibaca penjaga gol Charlotte, Kristijan Kahlina.

Iklan

Kekecewaan itu menjadi titik tolak kejatuhan skuad kendalian Javier Mascherano apabila Idan Toklomati meledak hatrik, selain Tomas Aviles pula dilayangkan kad kuning kedua sekali gus menambah derita Miami.

Kegagalan Messi itu turut mencetuskan kemarahan penyokong di media sosial.

Iklan

Ramai yang mengkritik keputusan bintang Argentina itu mengambil sepakan penalti secara sambil lewa.

“Tak semudah itu nak ambil penalti sekarang kan?" kata salah seorang pengguna media sosial.

"Ia satu percubaan yang teruk dari Messi," kata salah seorang lagi pengguna media sosial.