Sindiket di sebalik syarikat berdaftar
Iklan
Laporan eksklusif Sinar Harian pada 9 September lalu. Gambar kecil: Azman
SHAH ALAM - Terdapat sindiket terancang yang mengatur kegiatan penyeludupan dan penyelewengan diesel dengan berselindung di sebalik syarikat berdaftar selain peranan dalang di setiap peringkat.
Dalang itu termasuklah pengusaha perniagaan yang mempunyai lesen sah, pemilik syarikat pengangkutan serta pihak yang bertindak sebagai orang tengah.