Betul kata Abang Mat...
Iklan
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Abang Mat memberi amaran bahawa perhimpunan aman kini sedang menunjukkan trend berbahaya untuk menjadi lebih ganas. - Gambar hiasan
SAYA masih ingat dengan jelas kali pertama saya turun ke jalan raya bukan sebagai peserta, tetapi sebagai seorang wartawan yang ditugaskan membuat liputan Perhimpunan Bersih 1 pada tahun 2007.
Ketika itu, suasana sekitar Kuala Lumpur dipenuhi semangat yang luar biasa. Ribuan rakyat dari pelbagai kaum, latar belakang dan umur berhimpun di tengah kota, bukan untuk mencetuskan kekacauan tetapi untuk menyuarakan tuntutan yang jelas: pilihan raya yang lebih bersih dan adil.