Pejalan kaki wanita maut dirempuh van

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah van ketika sedang melintas jalan di persimpangan Jalan Kuchai Maju 13 di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 26 tahun itu dilaporkan melintas berhampiran simpang tiga di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah van berwarna putih yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Zamzuri berkata, siasatan awal mendapati pemandu terbabit keluar dari simpang tiga di lokasi terbabit sebelum melanggar mangsa.

Akibat perlanggaran itu katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, pemandu van terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.