SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan Kempen ‘Buy & Win’ bermula 1 September hingga 30 November ini dengan tawaran ganjaran eksklusif bernilai hingga RM100,000.
Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran PKNS, Fadli Mohd Ariff berkata, kempen tersebut adalah tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong projek-projek kediaman PKNS.