Teruja menanti Trump datang
Iklan
Donald Trump - Foto: Reuters
BANTAHAN terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Persidangan ASEAN pada Oktober depan mempunyai justifikasi kuat kerana sikap beliau yang dilihat terlalu melindungi Israel.
Sekumpulan 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengeluarkan kenyataan bersama mendesak kerajaan membatalkan jemputan tersebut atas alasan dasar pro-Israel yang pernah dibawa Trump ketika memimpin Rumah Putih.