Semangat 1609 perlu terus hidup
Iklan
Hari Malaysia 16 September mengingatkan tentang semangat MA63, jurang pembangunan Sabah dan Sarawak serta keperluan membina negara inklusif melalui agenda ‘Kita Bina Malaysia Bersama’. - Gambar hiasan
16 SEPTEMBER (1609) hari bersejarah. Seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia sebagai simbol penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu bendera.
Namun, selepas lebih enam dekad pembentukan negara, soalan penting terus berulang: sejauh mana semangat 16 September benar-benar diterjemahkan dalam perpaduan, pembangunan seimbang dan masa depan bersama?