TNB bantu siasatan polis penemuan mayat di Gerik

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung penemuan mayat di anak sungai kawasan Air Rengat, Temengor, Gerik pada Sabtu.

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden penemuan mayat di laluan menuju ke Stesen Janakuasa Temengor, Gerik, Perak sekitar jam 9.10 pagi Sabtu.

TNB berkata, pihaknya amat berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu berlaku di luar kawasan stesen dan tidak melibatkan fungsi operasi.

"Pasukan polis bantuan TNB Temengor segera melaporkan kejadian kepada Balai Polis Daerah Gerik dan pihak polis telah pun berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Iklan

"TNB turut memberi jaminan akan terus bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk sebarang bantuan," katanya.

Syarikat penyedia utiliti dan perkhidmatan itu menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis Daerah Gerik di talian 05-7912222 dengan kadar segera.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di anak sungai kawasan Air Rengat, Temengor di sini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada polis bantuan TNB Temengor.

Beliau memaklumkan, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).