Polis buru lelaki samseng, langgar kereta dan ugut pukul wanita

Iklan
Tular di media sosial memaparkan seorang wanita ditengking seorang pemandu lelaki selepas didakwa tidak memberikan isyarat ketika menukar lorong.

KAJANG – Tindakan samseng seorang lelaki yang melanggar kereta dipandu wanita sebelum mengugut seolah-olah mahu memukul mangsa dalam kejadian pada Jumaat mengundang padah apabila polis kini sedang mengesannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang juga pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta sedang memandu Perodua Myvi untuk ke tempat kerja melalui Plaza Tol Bangi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek tiba-tiba menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan mangsa.

“Selepas pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan sebelum berlaku pertengkaran.

Iklan

“Suspek lelaki tempatan itu bertindak menengking mangsa dan melakukan perbuatan seolah-olah mahu memukulnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek tiba-tiba menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan mangsa.

Iklan

Katanya, pertengkaran itu dipercayai berpunca apabila mangsa didakwa menukar lorong tanpa memberi isyarat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu selain turut melibatkan kesalahan trafik di bawah Rule 6(1) LN 166/59 iaitu memotong dan menghalang daripada memotong.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan A. Vaelmurgan di talian 019-6111660 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang wanita ditengking seorang pemandu lelaki selepas didakwa tidak memberikan isyarat ketika menukar lorong.

Rakaman kamera papan pemuka kereta mangsa turut menunjukkan individu itu mengacah seolah-olah mahu memukul mangsa.