McDonald’s Malaysia serah zakat korporat RM150,000 kepada MAIM

Iklan
McDonald’s Malaysia menyerahkan cek cura bernilai RM150,000 kepada Mohamad Azmi (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Ab Rauf (tengah) pada program itu yang diadakan di McDonald’s Pandu Lalu Kota Laksamana, Melaka.

MELAKA- McDonald’s Malaysia meneruskan komitmennya sebagai syarikat 100 peratus milik orang Islam dengan menyerahkan zakat korporat berjumlah RM150,000 kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Terdahulu, McDonald’s Malaysia telah mengumumkan pembayaran zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun 2025 ke seluruh negara.

Iklan
Iklan

Sejak menjadi syarikat milik penuh orang Islam pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia telah menyalurkan lebih RM14 juta zakat kepada pusat pusat zakat negeri di seluruh Malaysia. Selain zakat, McDonald’s Malaysia turut melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada komuniti.

Salah seorang penerima Kotak Rezeki dari pekan Klebang.

Iklan

Penyerahan berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Kota Laksamana, Melaka, disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar kepada Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi MAIM, Datuk Seri Ab Rauf Jusoh.

Dengan penyerahan tahun ini, jumlah keseluruhan zakat McDonald’s Malaysia kepada negeri Melaka telah mencecah RM761,000.

Iklan

Selain zakat korporat, McDonald’s Malaysia turut menzahirkan komitmen terhadap masyarakat setempat dengan menyantuni keluarga asnaf melalui pemberian 100 Kotak Rezeki kepada asnaf dan menyediakan 1,000 hidangan percuma untuk komuniti yang hadir ke majlis itu.

Antara komuniti setempat yang menerima hidangan McDonald's percuma.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia berbesar hati dapat menunaikan amanah kepada ummah iaitu berzakat dan menyumbang kepada asnaf di negeri Melaka.

“Alhamdulillah, bagi kami, kejayaan perniagaan bukan hanya diukur melalui keuntungan semata-mata, tetapi juga bagaimana kelebihan ini boleh digunakan untuk membangunkan masyarakat. Inilah nilai yang kami amalkan sebagai perniagaan berteraskan komuniti,” katanya.

Di negeri Melaka sahaja, McDonald’s mempunyai 15 restoran yang telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 740 rakyat tempatan.

Sebahagian daripada 50 kanak-kanak dari lima sekolah sekitar Pekan Klebang menerima sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia

Sebagai sebuah syarikat yang berhasrat menjadi jiran prihatin kepada komuniti di sekitar 370 restorannya di seluruh negara, McDonald’s Malaysia setiap tahun melaksanakan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan menerusi program Komuniti @ McDonald’s.

Program tersebut termasuk sumbangan kepada anak-anak yatim, menyumbang moreh ke masjid dan surau, menyantuni warga emas di pusat jagaan pada musim perayaan dan lain lain lagi.

Melaka merupakan negeri kelapan menerima zakat korporat daripada McDonald’s Malaysia setelah syarikat itu menjelajah ke Negeri Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah untuk melunaskan rukun Islam berzakat dan sumbangan kepada golongan asnaf di sana.