AI dan ancaman keselamatan
Iklan
Realitinya, teknologi AI berpotensi besar mewujudkan keadaan dunia yang tidak lagi selamat, menggugat ketenteraman awam, saling curiga mencurigai, paranoid dan sebagainya.
DUNIA kini sedang menyaksikan kebangkitan teknologi ke-cerdasan buatan (AI). Ia menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan dan sedang mengubah setiap sektor termasuk pertahanan.
2024 telah menyaksikan peningkatan penggunaan perisian AI dan robotik yang ketara bagi mengoptimumkan operasi, meningkatkan kemampuan pertahanan dan kejayaan medan perang. Misalnya, melalui integrasi dalam data geospatial, perintah dan kawalan, perisikan, latihan, simulasi serta perubatan ketenteraan.