Lelaki meninggal dunia terjatuh ketika mengamuk

Iklan
Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki berusia 48 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental maut selepas terjatuh ketika mengamuk di sebuah rumah di Taman Desa Baru, Gelugor, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.58 pagi, mangsa dikatakan bertindak agresif dan cuba mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki terbabit dikatakan terjatuh semasa cuba ditenangkan oleh ahli keluarga dan tidak sedarkan diri.

"Terdahulu polis menerima maklumat daripada seorang awam yang memaklumkan adik lelakinya telah mengamuk di dalam rumah di Taman Desa Baru dan meminta bantuan kecemasan.

Iklan

Seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai masalah mental maut selepas terjatuh ketika mengamuk di Taman Desa Baru, Gelugor.

"Apabila pasukan polis tiba di tempat kejadian, lelaki berkenaan didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meniarap di bahagian dapur rumah," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan oleh petugas ambulans Hospital Pulau Pinang (HPP) kemudian mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit dibawa ke Unit Forensik HPP untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Forensik Perubatan HPP mendapati punca kematian si mati adalah disebabkan pulmonary oedema (paru-paru berair).

"Hasil siasatan polis juga menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya lagi.