Peluang bertemu karakter animasi kegemaran di Astro Home of Kids

Iklan
Euan (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran Astro Home of Kids pada Jumaat.

SYARIKAT peneraju kandungan hiburan dan perkhidmatan, Astro membawakan semula Home of Kids iaitu acara yang menyediakan aktiviti menyeronokkan buat kanak-kanak serta seisi keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, penganjuran Home of Kids amat bermakna kerana kanak-kanak boleh berinteraksi secara langsung dengan karakter animasi kegemaran mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, acara itu juga bertepatan dengan peranan Astro dalam mendidik kanak-kanak dan ibu bapa mengenai keselamatan kandungan digital.

“Kanak-kanak zaman sekarang membesar dengan dunia pendigitalan yang serba pantas dan terdedah kepada skrin telefon, aplikasi serta media sosial.

Iklan

Maziah ketika mengunjungi reruai Nickelodeon's di Astro Home of Kids pada Jumaat.

“Di saat peluang semakin banyak, begitu juga risikonya. Jadi, kami di Astro mengambil tanggungjawab ini untuk menyediakan kandungan yang benar-benar selamat ditonton golongan sasar.

Iklan

“Komitmen ini membawa kepada penghasilan program Astro Home of Kids. Dalam empat hari ini, kanak-kanak dan ibu bapa bakal dihidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk konsert mini Didi & Friends,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Astro Home of Kids bertempat di Pavilion Bukit Jalil di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.

Astro Home of Kids turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi temu mesra bersama karakter animasi kegemaran seperti Upin dan Ipin, Didi & Friends, Dora The Explorer, Ultraman, Mechamato, Nickelodeon's, Pinkfong, Beyblade dan banyak lagi.

Reruai jualan dan permainan ringkas di setiap khemah penaja juga disediakan untuk kanak-kanak.

Acara tersebut mendapat tajaan Pavilion Bukit Jalil selaku penyedia lokasi, Petrosains, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan The Chicken Rice Shop (TCRS).

Program yang dianjurkan setiap tahun itu akan berlangsung dari 12 hingga 15 September bermula jam 10.30 pagi ke 9 malam.

Sementara itu, Maziah berpandangan, program Astro Home of Kids amat bersesuaian dengan hasrat kementerian antaranya keperluan menyediakan kandungan digital yang selamat.

Menurut beliau, inisiatif itu juga saling berhubungkait dengan peruntukan yang termaktub dalam Dasar Kanak-Kanak Negara 2024 iaitu kaedah menangani penggunaan digital.

“Kita lihat cabaran hari ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana banyak kes dirujuk tentang penggunaan kandungan tidak selamat hingga memberi kesan buruk kepada anak-anak kita.

“Tak perlu kata berada di luar rumah, dari dalam rumah pun mereka terdedah dengan keburukan media sosial contohnya pengantunan seksual serta rasa tidak suka pada diri sendiri disebabkan ada elemen perbandingan dan sebagainya.

“Justeru, inisiatif Astro Home of Kids amat menyokong usaha untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang pemantauan kandungan digital, bukan beri kegembiraan buat kanak-kanak sahaja,” ujar beliau.