FBI tawar ganjaran AS$100,000 bagi maklumat insiden tembakan Charlie Kirk

Iklan
Seorang anggota keselamatan memasang pita keselamatan di kawasan kampus Utah Valley University, pada Rabu, di Orem, Utah - lokasi di mana Charlie Kirk (gambar kecil) ditembak. Gambar AP

SACRAMENTO (Amerika Syarikat) - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan individu bertanggungjawab dalam insiden tembakan ke atas aktivis politik Charlie Kirk, ketika pencarian suspek diperluas, lapor Xinhua.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengeluarkan dua imej individu yang dikategorikan sebagai"orang berkepentingan”.

Iklan
Iklan

Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai dalam acara debat terbuka"Prove Me Wrong” di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu. - Bernama