Pemuda maut dibaham buaya ketika seberang Sungai Sutia

Iklan
Seorang pemuda maut dibaham buaya semasa menyeberangi Sungai Sutia. Gambar hiasan.

 

UTTAR PRADESH – Seorang pemuda maut dibaham buaya semasa menyeberangi Sungai Sutia berhampiran Kampung Murgaha, Kheri pada petang Isnin.

Iklan
Iklan

Mangsa, Kukku Shrivastav ketika itu dalam perjalanan pulang dari kebun sawahnya sebelum diseret masuk ke dalam sungai oleh seekor buaya di sungai berkenaan.

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, beberapa penduduk kampung terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan Shrivastav, namun ketika mangsa berjaya dibawa naik, dia sudah pun meninggal dunia.

Iklan

Kawasan kejadian itu terletak dalam Hutan Simpan Majhgai, di bawah bahagian hutan Kheri Utara.

Ketua Balai Polis Majhgai, Raju Rao berkata, mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat.

Iklan

Untuk rekod, Sungai Sutia yang sepanjang 40 kilometer itu bermula dari kawasan Bhabhar di Uttarakhand, merentasi kawasan paya di daerah Kheri dan Pilibhit.

Pengarah Yayasan Perikatan Kelangsungan Hidup Kura-Kura India, Shailendra Singh berkata, sungai berkenaan kaya dengan kepelbagaian hidupan akuatik termasuk spesies buaya, kura-kura dan ikan.

“Memandangkan sungai itu mempunyai sumber makanan yang banyak untuk buaya, populasinya sentiasa meningkat, lebih-lebih lagi kerana sarang mereka kurang terancam di kawasan paya sekitar sungai,” katanya.

Pegawai Hutan Bahagian Sitapur, Naveen Khandelwal, yang bertanggungjawab menguruskan bahagian hutan Kheri Utara, berkata, pihaknya akan berusaha memastikan keselamatan penduduk daripada ancaman hidupan akuatik.

Ujarnya, kempen kesedaran berhubung isu serangan buaya juga akan dilancarkan di kampung-kampung berhampiran tidak lama lagi.

“Saya bersama pakar akuatik akan membuat pemeriksaan di lokasi bagi menilai ancaman buaya di Sungai Sutia," menurutnya.