Isu SD: Hamzah didakwa mangsa politik pihak tertentu
Iklan
Di sebalik dakwaan menjadi dalang mengumpulkan SD menjatuhkan Muhyiddin, Hamzah (kiri) dikatakan menjadi mangsa permainan licik pihak tertentu.
ISU dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali hangat ekoran tuduhan terhadap Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin terbabit dalam gerakan mengumpul Akuan Bersumpah (SD) lebih 120 ketua bahagian mendesak perubahan kepimpinan.
Ada menuduhnya sebagai ‘si kitol’ yang menikam belakang Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, baru-baru ini.