Tiba masa PM dari Pas terajui negara
Iklan
Ahmad Yahaya
MUKTAMAR Tahunan Pas kali ke-71 pada tahun ini disifatkan sebagai penentu hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang hanya berbaki dua tahun lagi.
Pemilihan kali ini juga bakal menguji sejauh mana kestabilan dalaman parti dalam mencatur calon PRU16 selain menyaksikan keupayaan kepimpinan sedia ada untuk terus memimpin.