Berang sering dimarahi, cucu bakar nenek dan bapa saudara

Iklan
Seluruh kios itu hangus terbakar dalam kejadian tersebut. Foto Agensi

BOGOS - Seorang cucu tergamak membunuh dan membakar nenek dan bapa saudaranya hanya kerana sering dimarahi.

Pihak berkuasa mendedahkan kejadian kebakaran pada akhir minggu lalu di kios pecel lele di Kampung Pabuaran Tengah, Desa Ciangsana, Kecamatan Gunungputri, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia yang menyebabkan wanita, SU, 58, dan RA, 28, maut dilakukan pelaku berusia 16 tahun.

Iklan
Iklan

"Motifnya kerana sakit hati. Pada mulanya pelaku memukul kedua-dua mangsa dengan objek tumpul hingga mereka pengsan. Pelaku kemudiannya menyiram minyak yang diambil dari motosikal lalu menyalakan api," kata Kapolsek Gunung Putri, Kompol Aulia Robby pada Khamis.

Remaja itu melarikan diri dan bersembunyi di Kecamatan Citeureup sebelum diberkas pada Selasa.

Iklan

Penahanannya dibuat selepas pihak berkuasa mendapat petunjuk daripada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. - Agensi

 

Iklan