Dua warga emas maut kereta rempuh lori tangki

Iklan
Dua warga emas lelaki maut dalam nahas berhampiran Kedai Kari Kambing 40 Hari pada Khamis.

BATU PAHAT - Dua warga emas lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Batu 51/2 Jalan Yong Peng berhampiran Kedai Kari Kambing 40 Hari pada Khamis.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Khas Untuk Penyandang (KUP), Khirdir Kamaludin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas tersebut pada jam 8.43 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), dengan enam anggota dihantar ke lokasi sejauh 12 kilometer (km).

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 8.52 pagi, didapati kemalangan melibatkan lori tangki 17 tan jenis Nissan dengan kereta jenis Proton Saga.

Iklan

“Pemandu lori 17 tan iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun didapati selamat, namun pemandu dan penumpang kereta Proton Saga masing-masing berusia 63 dan 60 tahun didapati telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Khirdir berkata, kedua-dua warga emas yang maut dalam nahas berkenaan dikenali sebagai Rosli Mohamed, 60 dan Mohd Salleh Lamisza, 63.

Iklan

“Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mangsa didapati tidak tersepit dan telah berjaya dikeluarkan oleh oleh anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi,” katanya.