Penganggur maut kemalangan dengan kereta dipandu warga asing

Iklan
Keadaan motosikal dan kereta selepas terlibat kemalangan.

KOTA TINGGI - Seorang penganggur maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam nahas dengan sebuah kereta di kilometer (KM) 34, Jalan Sungai Rengit pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada jam 9.15 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa warga Myanmar berusia 31 tahun dengan kereta jenis Ford yang dipandu seorang warga Indonesia berusia 48 tahun.

"Dalam kemalangan tersebut, penunggang motosikal maut dipercayai akibat kecederaan parah di pelbagai bahagian badan manakala warga Indonesia mengalami cedera ringan.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Yusof, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun, maksimum 10 tahun serta denda RM2,000 hingga RM5,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.

"Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya.