'Ingkar arahan pemerintah satu dosa'

Iklan
Dr. Mokhtar Marzouk Abdel-Rahim

KAHERAH - Bekas Dekan Fakulti Asas Agama, Universiti al-Azhar di cawangan Assiut, Mesir menggesa rakyat di negara itu mematuhi semua keputusan pemerintah berhubung ancaman koronavirus (covid-19) termasuk kuarantin di rumah selama 14 hari.

Dr. Mokhtar Marzouk Abdel-Rahim dalam satu kenyataan eksklusif kepada Al-Bawaba News menegaskan, terdapat beberapa sebab untuk mengikut arahan pemerintah dan melanggar undang-undang itu dianggap sebagai dosa serta boleh dikenakan penalti.

Iklan
Iklan

"Pertama, prosedur itu adalah pelaksanaan arahan daripada pemerintah dan rakyat diwajibkan menuruti melainkan jika bertentangan dengan perintah ALLAH dan arahan tersebut berdosa.

"Kedua, sesiapa yang ingkar arahan patut dihukum kerana telah mendedahkan dirinya dan masyarakat kepada bahaya yang serius.

Iklan

"Ketiga, jika terdapat wabak di sebuah tempat, sebuah negara atau sebuah kampung, adalah dilarang bagi seseorang itu untuk pergi ke tempat tersebut kerana dia perlu melindungi diri daripada kematian," tegas.

Akhir sekali katanya, setiap individu perlu mematuhi keputusan yang diluluskan kerajaan dalam hal untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada wabak.

Iklan

"Selain itu, rakyat perlu tahu bahawa tindakan melanggar undang-undang dan menyebarkan penyakit kepada orang lain, ia satu dosa besar," katanya. - Agensi