Covid-19: Jenazah lelaki di Tawau selamat dikebumikan
Iklan
TAWAU - Jenazah seorang lelaki warga tempatan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Covid-19 selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini kira-kira 10.20 malam tadi.
Jenazah lelaki berusia 58 tahun yang merupakan kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh itu tiba di tanah perkuburan itu dari Hospital Tawau kira-kira jam 10 malam.