Berupaya hapus potensi konflik kepentingan
Iklan
Keputusan memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya berupaya menghapuskan potensi konflik kepentingan. Gambar kecil dari kiri: Mohamad Ezri, Pushpan
SHAH ALAM - Keputusan memisahkan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya berupaya menghapuskan potensi konflik kepentingan, mengukuhkan kedaulatan undang-undang dan memastikan pendakwaan dibuat secara bebas daripada pengaruh eksekutif.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, langkah itu meyakinkan rakyat bahawa kes berprofil tinggi akan diputuskan berdasarkan bukti dan undang-undang, bukan pertimbangan politik.