53,000 langgar perintah kuarantin di Itali

Iklan
Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 kini mengatasi China dengan 3,405 orang meninggal dunia. - Foto: Agensi

ROM - Kesemua Datuk Bandar Itali meminta langkah kuarantin lebih ketat dikuatkuasakan di negara itu selepas kes jangkitan koronavirus (Covid-19) terus meningkat.

Pihak berkuasa memaklumkan lebih 53,000 individu telah dikenakan saman kerana melanggar perintah kuarantin kebangsaan yang jelas menjejaskan usaha Rom untuk membendung penularan wabak tersebut.

Iklan
Iklan

Terdapat segelintir individu yang keluar membeli-belah beberapa kali sehari atau keluar beriadah sekali gus melanggar perintah dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri, Giuseppe Conte.

Ketika ini, kebanyakan bandar utama di negara itu telah mengambil pelbagai langkah termasuk menutup perkhidmatan wifi percuma bagi memastikan orang ramai terus kekal di rumah masing-masing.

Iklan

Dalam perkembangan lain, kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di Itali mengakibatkan tahap penularan yang besar dalam kalangan kakitangan perubatan termasuk jururawat dan doktor.

Menurut laporan diterbitkan kumpulan untuk bukti berdasarkan perubatan di negara itu, Gruppo Italiano per la Medicina Basata sulle Evidenze atau GIMBE menunjukkan kira-kira 2,629 pekerja kesihatan dijangkiti virus itu atau mewakili 8.3 peratus daripada kes keseluruhan yang direkodkan sejak ia menular bulan lalu. - Agensi

Iklan