35 rakyat Malaysia terkandas di Nepal
Iklan
Keadaan kereta musnah akibat protes ganas melanda Nepal. Foto: Reuters
SHAH ALAM – Seramai 35 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di Nepal susulan pergolakan dan perintah berkurung yang masih berkuat kuasa berikutan protes ganas melanda negara Asia Selatan tersebut.
Jawatankuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal, Mohd Firdaus Azman berkata, daripada jumlah itu, 31 orang kini berlindung di hotel masing-masing.