Dunia tanpa penapis
Iklan
Fenomena ‘dunia tanpa penapis’ di era media sosial turut melahirkan budaya sensasi dan berita palsu yang mengelirukan masyarakat. Gambar hiasan
WALAUPUN konsep ‘dunia tanpa sempadan’ telah wujud sejak zaman primitif tatkala manusia bebas ke mana sahaja tanpa perlukan pasport atau visa, namun istilah ‘dunia tanpa sempadan’ itu sendiri masih baharu dalam kalangan kita. Ia hanya popular setelah munculnya internet.
Perkara lain jarang disebut tetapi sesungguhnya sangat rancak berlaku seiring kemunculan ‘dunia tanpa sempadan’ ialah ‘dunia tanpa penapis’ – semua orang bebas mencipta imej dan identiti mereka sendiri. Sesiapa sahaja boleh menjadi apa sahaja mereka mahu tanpa perlu melalui jalan sukar.