Tak ada rasa bersalah?
Iklan
ADUN Manjoi, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung satu hantaran di Facebook miliknya yang tular berkaitan insiden cubaan seorang wanita menyerang Sultan Perak.
APA agaknya hukum orang yang buat fitnah dalam Islam? Kenalah ditanyakan pada orang bijak pandai agama dalam Pas. Mereka tentulah lebih maklum hukum memfitnah, sebar berita bohong, buat tuduhan tak ada asas atau putar belit fakta.
Awang tertanya-tanya juga apakah ADUN Manjoi, Perak tahu hukum sebar khabar yang tak betul? Bukan dari segi hukum manusia tetapi dari segi hukum agama.