JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima individu termasuk tiga penjawat awam kerana disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi memperoleh bayaran tuntutan bekalan lembu betina berjumlah kira-kira RM200,000 daripada sebuah badan berkanun.
Menurut sumber, suspek terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki berusia antara 30 hingga 60-an ditangkap secara berasingan ketika hadir memberi keterangan di SPRM Segamat antara jam 11 pagi hingga 2 petang, Selasa.