Rayuan, peringatan Covid-19 giat disebar menerusi SMS
Iklan
KUALA LUMPUR - Dalam usaha negara membendung penularan koronavirus (Covid-19), pelbagai pihak dilihat berganding bahu membantu Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya dalam menyampaikan maklumat dan khidmat pesanan awam kepada orang ramai.
Penyampaian pesanan khidmat masyarakat itu bukan sahaja menerusi media arus perdana dan media sosial, malah turut melibatkan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada KKM oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan.