Dua polis maut, sembilan suspek ditahan dalam serangan balai polis di Turkiye

Iklan
Satu pasukan khas sedang meneliti aktiviti dalam talian serta rekod komunikasi GSM milik penyerang.

ISTANBUL - Sembilan individu ditahan pada Isnin berhubung serangan ke atas sebuah balai polis di bandar pelabuhan Izmir, barat Turkiye, lapor media tempatan yang dipetik Xinhua.

Penyerang berusia 16 tahun, dikenali dengan nama bermula huruf E.B. berjaya ditangkap selepas cedera dalam insiden itu.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa merampas telefon bimbit dan komputernya, manakala satu pasukan khas sedang meneliti aktiviti dalam talian serta rekod komunikasi GSM (Global System for Mobile Communications) miliknya.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, polis turut menahan dua suspek yang dikaitkan dengan serangan di Ankara - seorang di wilayah tenggara Sanliurfa dan seorang warga Iran di Istanbul.

Iklan

Hasil penahanan itu, jumlah individu yang diberkas meningkat kepada sembilan orang, termasuk penyerang, ibu bapa serta dua rakannya, menurut penyiar tempatan NTV.

Penyerang melepaskan tembakan menggunakan senapang patah di Balai Polis Salih Isgoren, daerah Balcova pada kira-kira 8.50 pagi waktu tempatan (05.50 pagi GMT), mengorbankan dua pegawai polis serta mencederakan dua yang lain dan seorang orang awam.

Iklan

Seorang pegawai polis yang cedera dilaporkan masih kritikal.

Gabenor Izmir, Suleyman Elban berkata, senjata yang digunakan dalam serangan itu adalah milik bapa suspek.

Remaja terbabit yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. - Bernama