Cerita yang tak sempurna
Iklan
Di Indonesia heboh dengan protes rakyat terhadap kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat mereka, tetapi protes itu datang bersama naratif yang mungkin tiada kaitan pun dengan cerita kenaikan gaji. Foto AFP
DALAM hidup, setiap hari kita cuba melengkapkan puzzle atau turutan peristiwa. Pada 1692-1693 di Massachussets, Amerika Syarikat, terdapat beberapa remaja yang telah dijangkiti halusinasi dan histeria.
Waktu itu terdapat sekumpulan penganut agama yang sangat takutkan sihir dan percaya makhluk ghaib. Disebabkan kejadian histeria itu, maka pertama sekali yang dipersalahkan ialah kononnya ada beberapa ahli sihir telah menyihir anak-anak tersebut.