Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membasuh jentera berat miliknya di Kampung Panji di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 38 tahun dipercayai sedang membasuh jentera berat tersebut yang terletak di belakang rumahnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu disedari anak perempuan mangsa yang berusia 14 tahun pada jam 5.25 petang.

"Ketika itu, anak mangsa melihat bapanya bersama dua lagi adik perempuannya yang berusia tujuh serta 11 tahun terbaring tidak sedarkan diri.

Iklan

"Hos 'water jet’ yang mempunyai aliran elektrik juga turut kelihatan tidak jauh dari lokasi tiga mangsa yang terbaring.

"Penduduk yang berada di tempat kejadian sempat menyelamatkan dua kanak-kanak itu sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Iklan

Abdul Rahim berkata, dua anak mangsa selamat dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan mangsa pula meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan pada luaran badan mangsa, pihaknya tidak menjumpai sebarang tanda yang boleh dikaitkan dengan sebarang aktiviti jenayah.

"Punca kematian dipercayai akibat terkena renjatan elektrik daripada 'water jet' yang digunakan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.