Anwar, Presiden Filipina bincang perkukuh hubungan dua hala

Iklan
Anwar dan Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala menerusi perbualan telefon. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perbincangan menerusi perbualan telefon itu turut menyentuh isu keselamatan serantau, pembangunan ekonomi dan keperluan memperkukuh perpaduan serta kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.

Iklan
Iklan

"Kami turut berbincang terkait perkembangan konflik Thailand-Kemboja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan sebagai komitmen berterusan terhadap keamanan dan kestabilan serantau,” kata Anwar.

Malaysia mempengerusikan blok ASEAN dengan tema"Keterangkuman dan Kemampanan" serta menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan ASEAN sepanjang tahun ini.

Iklan

Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. - Bernama

 

Iklan