Agong titah rakyat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Iklan
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat agar bersama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Seri Paduka Baginda bertitah, rakyat tidak perlu keluar rumah jika tiada keperluan penting dan membatalkan hasrat untuk balik kampung.

Iklan
Iklan

"Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah.

"Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguhkan dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih,” titah Seri Paduka Baginda.

Iklan

Titah Seri Paduka Baginda disiarkan menerusi stesen televisyen (TV) tempatan di sini malam ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menasihatkan agar rakyat tidak panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.

Iklan

"Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu,” titah Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah supaya rakyat menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, menggunakan hand sanitizer dan memakai topeng muka serta amalkan penjarakan sosial.

"Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, insya-ALLAH," titah Seri Paduka Baginda.