KUALA LUMPUR - Kerajaan kini pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.