Bersihkan sisi gelap permainan maya

Iklan
ROBLOX bukan sekadar permainan. Ia kini antara platform terbesar dunia, dengan lebih 100 juta pengguna aktif setiap hari. Gambar hiasan

ROBLOX bukan sekadar permainan. Ia kini antara platform terbesar dunia, dengan lebih 100 juta pengguna aktif setiap hari.

Namun, populariti itu datang bersama sisi gelap yang tidak boleh disapu di bawah permaidani.

Iklan
Iklan

Dakwaan bahawa platform ini gagal melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual bukan perkara kecil.

Ia adalah amaran keras betapa syarikat teknologi sering meletakkan keuntungan melebihi keselamatan pengguna paling rapuh iaitu anak- anak kita.

Iklan

Berapa lama lagi kita mahu terus percaya janji manis syarikat gergasi teknologi bahawa mereka 'komited menjaga keselamatan pengguna'?

Hakikatnya, kes demi kes menunjukkan kelemahan serius.

Iklan

Apabila negeri Louisiana di Amerika Syarikat sanggup memfailkan saman kerana Roblox didakwa memudahkan eksploitasi kanak-kanak, itu bukti jelas masalahnya sudah parah.

Dunia maya yang kononnya penuh kreativiti rupa-rupanya boleh bertukar menjadi sarang pedofilia jika syarikat hanya mengutamakan bilangan pemain dan pulangan pelaburan.

Kerajaan Malaysia tidak boleh bersikap tunggu dan lihat. Undang-undang kawalan umur di Britain dan Eropah patut dijadikan teladan segera.

SKMM mesti lebih tegas mendesak syarikat teknologi antarabangsa supaya memikul tanggungjawab, bukan sekadar menabur kata-kata manis.

Jika mereka boleh meraih untung jutaan ringgit daripada pengguna di negara ini, mereka juga wajib memastikan keselamatan anak-anak kita.

Namun, ibu bapa jangan mudah terleka. Memberi gajet tanpa pengawasan ibarat menyerahkan kunci rumah kepada orang asing.

Kawal masa skrin, kenali permainan yang dimainkan anak, dan berani berkata tidak jika ia membawa risiko.

Dunia digital tidak pernah neutral. Sama ada ia menjadi ruang ilmu atau lubuk jenayah bergantung pada sejauh mana kita berani menuntut akauntabiliti daripada syarikat teknologi yang rakus.

Ingatlah, anak-anak bukan sekadar pengguna aplikasi, bahan mereka amanah yang mesti dilindungi dengan segala upaya.