ATLET lontar peluru lelaki negara, Jonah Chang Rigan menghadiahkan motivasi besar buat dirinya menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember depan selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 di Johor Bahru.
Dalam aksi penuh tumpuan itu, atlet berusia 22 tahun yang mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) melakukan lontaran sejauh 18.66 meter (m), sekali gus memadam rekod lama 18.46m yang dilakukannya pada Kejohanan Super Siri Olahraga Terbuka Pahang tahun lalu.