PERLAWANAN pramusim antara pasukan Abuja City dan JKU terpaksa dihentikan seketika susulan diserang ribuan lebah ketika perlawanan berlangsung di Stadium Kwaraa, Tanzania, Jumaat lalu.
Dalam satu video yang tular menyaksikan semua pemain, staf kejurulatihan kedua-dua pasukan termasuk jurukamera dan pengadil perlawanan terpaksa meniarap di atas padang dan terpaksa berlindung bagi mengelakkan diri daripada sengatan lebah.