HAJAT jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari melangkah ke pentas akhir bagi mempertahankan kejuaraan Klasik London tersekat, apabila tewas kepada pemain ranking kelima dunia dari Mesir, Amina OrfI pada Sabtu.
Pada perlawanan separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas di Alexandra Palace, London, Sivasangari ditunjukkan jalan keluar selepas kalah 7-11,7-11, 11-7, 5-11 dalam tempoh 68 minit.