Pas mungkin jadi parti ‘tepu’
Iklan
Abdul Hadi (kanan) dan Tuan Ibrahim kekal mempertahankan jawatan masing-masing bagi penggal 2025-2027.
SHAH ALAM - Pas mungkin berada dalam keadaan tepu, kehilangan idea segar dan strategi politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang kerana pucuk pimpinan parti itu tidak pernah berubah untuk tempoh yang lama.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keadaan itu turut akan menyebabkan anak muda terutama kumpulan atas pagar dan masih tidak mempunyai parti serta kecenderungan arah mengundi akan menjauhkan diri daripada Pas.