Jalan sukar BN Sabah
Iklan
BN Sabah pilih haluan sendiri tanpa GRS dalam PRN akan datang - Gambar hiasan
PENGUMUMAN Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah satu laluan sukar, namun bukan mustahil.
Sehari selepas pengumuman, Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendedahkan, kegagalan rundingan antara BN dan GRS berpunca daripada sikap tamak GRS yang hanya menawarkan lapan kerusi kepada BN.