IPOH - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang musim tengkujuh sekali gus mampu menstabilkan harga, kata Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil.
Menurutnya, walaupun musim tengkujuh memberi kesan kepada nelayan di Pantai Timur, langkah proaktif sudah diambil termasuk penyediaan stok simpanan lebih 1,000 metrik tan ikan oleh LKIM, manakala pihak swasta mempunyai hampir 15,000 metrik tan.