PN akui jumpa MIC, MCA - Azmin Ali
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 3 Ogos lalu. Gambar kecil: Mohamed Azmin
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan secara tidak rasmi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA serta MIC berhubung penyertaan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).
Mohamed Azmin berkata, pertemuan itu merupakan satu permulaan yang baik apabila kedua-dua pihak bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama.